Saturday, May 19, 2007

Gambar-gambar Aktiviti SKST 2007


Minggu Bahasa - Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Peringkat Sekolah pada 10 Mei 2007 (Khamis)
Anjuran Panitia Bahasa Melayu


Adila Hidayati Rahim
Peserta Mendeklamasi Sajak Thp 2
(Tempat Pertama)


Muhd. Irzuan Hassim
Peserta Story Telling
Tempat ke- 2 prgkt. Kaw M/Tanah
& wakil ke prgkt. negeri Melaka

Atlet-atlet SKST yang berjaya mendapat pingat
semasa Kej. Olahraga Kaw. M/Tanah bergambar
bersama GPK Koku & Pengurus Pasukan
Jumlah Pingat - 3 Emas , 3 Perak & 2 Gangsa
- Pasukan Terbaik Lelaki Bawah 10 Tahun


2 Atlet Harapan SKST
M. Naim Mohd & Rozlina Katan


Gambar-gambar kenangan di
Stadium Tun Fatimah semasa
Kejohanan Olaraga MSSM Negeri
Melaka 2007.






LAPORAN KOKURIKULUM SKST 2007

(JANUARI - MEI 2007)

3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:-

3.1.1 UNIT BERUNIFORM
- Pengakap
- Doktor Muda
- Tunas Kadet Remaja
- Tunas Puteri

3.1.2 KELAB DAN PERSATUAN
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Agama Islam
- Matematik dan Sains
- Perpustakaan

3.1.3 SUKAN & PERMAINAN
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Permainan Gelanggang (Sepak Takraw dan Bola Tampar)
- Olahraga


3.2 Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan pencapaiannya:-

3.2.1 Bola Sepak
- Johan Piala Kancil DUN Kuala Linggi
- Naib Johan MSSMNM Kaw. Masjid Tanah
- 4 pemain mewakili kaw. M/Tanah ke peringkat negeri
- seorang pemain mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan
(Asyraf b. Md. Nor)

3.2.2 Bola Jaring
- Pencapaian ke peringkat suku akhir Piala Tun Teja DUN Kuala Linggi
- Suku Akhir bagi MSSMNM Kaw. Masjid Tanah

3.2.3 Sepak Takraw
- Pencapaian ke peringkat suku akhir MSSMNM Kaw. Masjid Tanah.

3.2.4 Olahraga
- Tempat ke-5 Kejohanan Olahraga MSSMNM Kaw. Masjid Tanah di SMK
Rahmat dengan Pencapaian 3 EMAS, 3 PERAK dan 2 GANGSA.
- Pasukan Terbaik Lelaki Bawah 10 tahun Kaw. M/T
- Empat atlet terpilih mewakili kontinjen Kaw. Masjid Tanah ke peringkat
negeri.

3.2.5 Bola Baling
- Keempat MSSMNM Kaw. Majid Tanah bagi kategori Lelaki 12 tahun.

3.2.6 Persatuan Bahasa Melayu
- Menghantar wakil peserta ke Pertandingan Pidato, Bercerita (Tahap 1
dan Tahap 2), dan Deklamasi Sajak peringkat Kaw.Masjid Tanah.


3.2.7 Persatuan Bahasa Inggeris
- Story Telling – Kedua Kaw. Masjid Tanah (Mohd. Irzuan Hassim)
- Mewakili kawasan M/Tanah ke peringkat negeri
- Public Speaking– Kedua Kaw. Masjid Tanah (Mohd. Irzuan Hassim)
- Mewakili kawasan M/Tanah ke peringkat negeri

3.2.8 Persatuan Agama Islam
- Menyertai Pertandingan MTQ peringkat Kaw. M/Tanah
- Menyertai Pertandingan Nasyid di Festival Nasyid Maal Hijrah di
SK Telok Berembang
- Pertandingan peringkat DUN Kuala Linggi:
· Tempat Kedua Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah Rendah
· Penyertaan Tilawah Bawah 15 tahun
- Sambutan Maulidur Rasul:
· Menyertai perarakan DUN Kuala Linggi di SMA Al-Falah
· Peringkat sekolah – bergabung dengan penduduk Kg. Sungai Tuang dan mengadakan persembahan nasyid
3.2.9 Matematik dan Sains
- Menghantar 2 peserta untuk Kuiz Sains Angkasa Tahun 4 di SMK Teknik
Datuk Mohd. Zin pada 30.4.2007

3.2.10 Perpustakaan
- Mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Pustakawan pada 29.3.2007
- 4 pustakawan akan menyertai Pertandingan Kuiz Perpustakaan di SK
Terendak 1 pada 22.5.2007

3.2.11 Tunas Kadet Remaja
- 4 ahli telah menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri di Kem Tan Chay
Yan, Melaka.
- Seorang ahli telah menyertai Perkhemahan Tunas Kadet Remaja
Peringkat Kebangsaan di Kem Tan Chay Yan (Norfaezah Zarin)

3.2.12 Tunas Puteri
- 7 peserta telah ke Majlis Hari Peringatan Tunas Puteri di SK Infans
Jesus, Banda Hilir



3.3 Pengelolaan dan tuan rumah:

3.3.1 Kejohanan Sepak Takraw MSSMNM Kaw. Masjid Tanah pada
27.1.2007 (Sabtu)

3.3.2 Majlis Tilawah, Tadarus Al-Quran dan Bercerita peringkat Kaw.
Masjid Tanah pada 21.3.2007 (Rabu)


Disediakan oleh,

S/U Kokurikulum,
SKST.

MINGGU BAHASA MELAYU 2007

Tarikh : 7-11 Mei 2007

AKTIVITI/PERTANDINGAN:

HARI TAHAP 1 TAHAP 2

ISNIN /Tulisan Cantik /Tulisan Berangkai
7 Mei 2007


SELASA /Ejaan /Bina Ayat yang Gramatis
8 Mei 2007


RABU /Sinonim - Antonim / Maksud Peribahasa
9 Mei 2007


KHAMIS / Deklamasi Sajak / Deklamasi Sajak
10 Mei 2007


JUMAAT / Bina Ayat berdasarkan Gambar / Latihan Tatabahasa
11 Mei 2007

Tuesday, March 6, 2007

SERATUS PANTUN

Bila lapar memakan laksa,
Hantar sepinggan kerumah hidayati;
Janganlah mudah berputus asa,
Kuatkan usaha kekalkan hati.

Bila haus meminum laici,
Laici yang manis sudahlah tua;
Orang miskin jangan dicaci,
Bersopan santunlah pada semua.

Rehat setelah penat berlari,
Adik main biji saga;
Buat baik sesama sendiri,
Hidup bahagia aman sentosa.

Cakaplah semua kawanku,
Sentiasa ingat ajaran guru;
Kerana guru mencurah ilmu,
Supaya cerah masa hadapanmu.

Pohon asa dipantai sena,
Ada juga pohon rumbia;
Kita cakap lambang budi bahasa,
Jangan biadap dengan ibubapa.

Bermandi-manda didalam lombong,
Sejuk sekali tidak terasa;
Kalau mahu hidup disanjung,
Hendaklah mulia berbudi bahasa.

Aku manusia engkau siapa,
Buah rambutan didalam raga;
Jikalau berjaya janganlah lupa,
Kepada orang tua dan juga keluarga.

Pagi-pagi memasang lukah,
Lukah berisi ikan seluang;
Jangan suka bersikap megah,
Nanti kawan semua menghilang.

Dengarlah kawan aku berpesan,
Janganlah lupa ilmu pelajaran;
Hanya itulah jadi bekalan,
Untuk keperluan dimasa hadapan.

Orang berpengalaman selalu pesan,
Jangan main diwaktu malam;
Oleh kerana kurang pedoman,
Banyaklah insan yang telah karam.

Harimau adalah dikalangan binatang,
Tinggal dihutan tanahnya lapang;
Jangan terlepas ketangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.

Sungguh ramai para tetamu,
Singgah berehat cuaca redup;
Bersungguh-sungguh mencari ilmu,
Ilmu dicari bekalan hidup.

Pak Jamil mengikat kelapa,
Tali yang panjang dikerat-kerat;
Dengarlah nasihat ibu dan bapa,
Agar selamat dunia akhirat.

Pergi ke pantai mencari siput,
Siput diletak didalam baldi;
Janganlah kita bersifat kedekut,
Nanti kita akan rugi.

Hendak berlayar ke Pulau Betung,
Sambil mencuba melabuh pukat;
Rajin belajar hidup beruntung,
Rajin berusaha mendapat berkat.

Pokok semalu tumbuh merata,
Dibawah mudik ke hujung hulu;
Fikir dahulu sebelum berkata,
Agar kita tidak dapat malu.

Bancuh simen dengan air,
Kerana hendak membuat bangsal;
Waktu yang ada jangan membazir,
Apabila susah baru menyesal.

Pergi ke kedai membeli tali,
Tali dimasuk kedalam peti;
Padang Kemunting indah sekali,
Bila memandang sejuknya hati.

Nenek nyonya menjual jamu,
Khasiat baik rasanya sedap;
Setiap hari menabur ilmu,
Penat dan lelah tidak terkira.

Pokok kelapa ditanam berjajar,.
Kelapa ditanam di cerun landai;
Barang siapa rajin belajar,
Tentu dia menjadi pandai.

Asal kapas menjadi benang,
Benang dibawa ke Indera Jaya;
Orang rajin hidupnya senang,
Apa yang dibuat pasti berjaya.

Sirih junjung didalam paya,
Tersusun indah memikat hati;
Andai hidup rajin berusaha,
Hidup mewah murah rezeki.

Hujan lebat kilat menyambar,
Menjelma pula ribut dan taufan;
Barang siapa tekun dan sabar,
Apa hajat dikurniakan tuhan.

Pelamin biasa sarat ceria,
Masa bertemu mara laju;
Pemimpin berjasa rakyat setia,
Bangsa berilmu negara maju.

Kawan Sarah nama Adila,
Lain kampung satu sekolah;
Parameswara pengasas Melaka,
Pantang kalau menyerah kalah.

Mak Limah menampi padi,
Menampi padi dengan gembira;
Melaka bersejarah nama diberi,
Mencipta nama negeri perkasa.

Pak Ali ke Alor gajah,
Singgah sebentar kerumah Pak Hassan;
Keindahan Melaka jangan disanggah,
Teknologi matlumat dilupa jangan.

Pak Rahim mengopek kelapa,
Cik Tijah membuat batas;
Hang Tuah wira Melaka,
Melawan musuh dengan pantas.

Biskut lemak diatas para,
Diambil oleh Si Adik Nani;
Melaka sudah kian dewasa,
Negeri makmur aman sekali.

Enak sungguh makan capati,
Ditepi kedai menjamu selera;
Hasrat ibu ayah teguh dihati,
Membela nasib keluarga tercinta.

Lemak tidak manis pun tidak,
Gula melaka dari seberang;
Berayah tidak beribu pun tidak,
Jika budi dikenang orang.

Dari Sarawak pergi ke Sabah,
Negeri Sabah dibawah bayu;
Negeri Sabah banyak pelancong,
Terkenal dengan Kota Kinabalu.

Pohon saga rata dikenal,
Merah membawa erti berjaya,
Proton saga kereta nasional,
Dasar negara pastikan berjaya.

Berjalan-jalan di Kuala Pilah,
Sempat berhenti diKuala Kubu,
Tidak belajar bersungguh sungguh,
Masa tidak akan menunggu.

Kabus menutupi puncak gunung,
Berjuta bintang memagari bulan,
Marilah kita rajin menabung,
Untuk menggunakan masa hadapan,

Pergi kerumah Ali diTaman Permai,
Singgah ke kedai membeli rambai;
Negeri bersih,aman,dan damai,
Menjadi tumpuan orang ramai.

Hari siang matahari terang,
Duduk bersantai diatas tangga;
Mahu ibu tersenyum girang;
Biar ayah ketawa bangga.

Buah jambu masaknya merah,
Mari dipetik untuk dirasa;
Saya sayang ibu dan ayah,
Mendidik saya sepanjang masa.

Banjir melanda kawasan rendah,
Tanpa berlengah segera berpindah;
Duri dan ranjau teguh dihati,
Tidak gentar walau kaki berdarah.

Merdu suara unggas dirimba,
Begitu indah suria pagi;
Janganlah kita membuang masa,
Kerugian akan menimpa kita.

Lukisan cantik menghiasi dinding,
Mata terpegun hati berangan;
Anak berjaya dimenara gading,
Menggenggam ijazah erat ditangan.

Pergi kelaut buat kerja sekolah,
Membuat kerja duduk dibawah pakok;
Kalau kita pergi ke sekolah,
Janganlah kita asyik merokok.

Sungguh cantik burung kenari,
Berdada kuning berparuh perang;
Kalau sombong meninggi diri,
Kemana pergi dibanci orang.

Sungguh cantik negeri Melaka,
Ramai peancong pergi berkunjung;
Kalau kita berbudi bahasa,
Pasti ramai lagi pengunjung.

Kalau pergi kerumah Pak Dollah,
Singgah kekedai membeli gula;
Jauhi kita daripada dadah,
Kerana kita harapan negara.

Anak cicak terenang-renang,
Entah berjari entah tidak;
Anak orang jangan dikenang,
Entah dia hendak entah tidak.

Buah bacang buah kuini,
Letak saja diatas meja;
Tidak dapat tahun ini,
Tahun depan ambil saja.

Jangan ambil dan juga cuba,
Sayngilah ibu dan bapa kita;
Katakan tidak pada dia,
Kerana dia musuh negara.

Cerita jenaka belum habis,
Tukang bicara berbaju lusuh;
Kalau mahu hidup selamat,
Jangan suka mencari musuh.

Pakaian kemas nampak lawa,
Apabila bertugas sedia berkhidmat;
Semangat waja pendam dihati,
Mencipta jaya mejadi matlamat.

Indah bersinar perintan cantik,
Nampak berseri kilau cahaya;
Bercakap benar amalan baik,
Itulah tanda orang mulia.

Buah berangan di dalam kota,
Buat santapan tuan puteri;
Kalau kita suka mengata,
Nanti ditimpa diri sendiri.

Anak merak dikampung Cina,
Mencari makanan dikelapa titi;
Emas dan perak harta dunia,
Budi yang baik dibawa mati.

Selepas bersawah pergi kepekan,
Singgah dikuala membeli gula;
Hidup berbudi diberkati tuhan,
Aman sejahtera sepanjang masa.

Bunga mangga sedang berputik,
Nampak dari pohon serasa;
Apa guna berwajah cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.

Peri ke kebun menanam ubi,
Ubi ditanam ditepi paya;
Kita hidup mesti berbudi,
Supaya kita dipandang mulia.

Sekian.

jaw07

Monday, March 5, 2007

GOTONG-ROYONG PERDANA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUANG, MASJID TANAH, MELAKA
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2007

Tarikh : 10 Februari 2007
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang


Aktiviti 1
SEBELUM / SEMASA


SELEPAS
AKTIVITI 2

SEBELUM / SEMASA


SELEPAS
AKTIVITI 3


SEBELUM / SEMASA



SELEPAS
AKTIVITI 4


SEBELUM / SEMASA


SELEPAS
AKTIVITI 5


SEBELUM / SEMASA


SELEPAS
AKTIVITI 5


SEBELUM


SEMASA


SIAP TERSUSUN
AKTIVITI 6


SEBELUM / SEMASA


SELEPAS
AKTIVITI 7
MENGECAT DINDING

DAH SIAP


Laporan kepada: Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah
78000 Alor Gajah,Melaka.
(UP: En. Jamaluddin bin Ahmad)


Sebelum 20 Februari 2007.
jaw07