Sunday, April 17, 2011

Tahniah Adik Amar dan Adik Afiqah!




 
Tahniah kepada Mohd. Ammar bin Samsuri atas kejayaan Naib Johan Pertandingan Bola Sepak Peringkat Negeri Melaka yang mewakili Pasukan Bola Sepak Kawasan Masjid Tanah manakala Nor Afigah bin Abu Safian mendapat hadiah Saguhati bagi Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Daerah Alor Gajah 2011.

Jasamu Dikenang


Selamat maju jaya kepada kalian berdua guru pelatih IPPMM, Cik Nur Irfah Arjunawaty bt. Mohd. Noor dan Cik Nur Nu`aim bt. Abdullah kerana telah berjaya menamatkan latihan perguruan berakhir pada 14 April 2011 di SK Sungai Tuang. Warga SKST merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah kalian taburkan semasa di sini. Semoga Allah merahmati segala pengorbanan kalian.

Aktiviti Kokurikulum pada 12 April 2011 - Sukan dan Permainan




MINGGU BAHASA INGGERIS 2011




Tarikh : 11 - 14 April 2011 (Isnin hingga Khamis)

Tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris kerana telah berjaya melaksanakan program Minggu Bahasa Inggeris dengan jayanya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah 'Story Telling', Kuiz, Teka Silang Kata dan sebagainya.

Pemenang Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Alor Gajah 2011


Tahniah kepada Adik Nor Atiqah Bt. Ahmad Darwi (Tahun 5) yang mendapat tempat ke-2 pada Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Daerah Alor Gajah pada 9 April 2011 di Pasar Raya Mydin, Ayer Keroh.

Sunday, April 10, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011








MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI TUANG KALI KE-36/2011

Tarikh : 11 Mac 2011
Hari : Jumaat
Masa : 2.45 petang
Perasmi : Dato’ Ar Hj. Ismail bin Hj. Othman - ADUN Kuala Linggi