Wednesday, February 29, 2012

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun Enam Kali Pertama 2012













































Majlis Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Tahun Enam 2012 telahpun diadakan pada bulan Januari yang lalu. Majlis ini diadakan di Dewan SK Sungai Tuang dan tetamu jemputan yang hadir pada majlis ini ialah YB Datuk Hj. Ismail bin Othman, ADUN Kuala Linggi.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membincangkan program-program yang hendak dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan pencapaian akademik murid Tahun Enam dalam peperiksaan UPSR.


Murid-murid Tahun Enam telah melafazkan ikrar akujanji bahawa mereka akan lebih bersikap positif dan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan pencapaian dalam pelajaran dan sahsiah diri masing-masing.