Wednesday, February 29, 2012

Majlis Pelantikan Pengawas 2012





























Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Sukan, Pengawas Makmal Komputer, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah Tahun Satu hingga Tahun Enam telahpun diadakan di Dataran Perhimpunan SK Sungai Tuang.



Puan Hajah Fuziah binti Mahmood selaku Guru Besar SK Sungai Tuang telah menyampaikan Watikah Perlantikan Pengawas kepada semua pengawas yang terlibat.




Adril Haiqal bin Roslani telah dilantik sebagai Ketua Pengawas manakala Nur Iwani binti Zulkafli dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas bagi sesi persekolah 2012 ini.




Diharap semua pengawas yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun Enam Kali Pertama 2012













































Majlis Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Tahun Enam 2012 telahpun diadakan pada bulan Januari yang lalu. Majlis ini diadakan di Dewan SK Sungai Tuang dan tetamu jemputan yang hadir pada majlis ini ialah YB Datuk Hj. Ismail bin Othman, ADUN Kuala Linggi.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membincangkan program-program yang hendak dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan pencapaian akademik murid Tahun Enam dalam peperiksaan UPSR.


Murid-murid Tahun Enam telah melafazkan ikrar akujanji bahawa mereka akan lebih bersikap positif dan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan pencapaian dalam pelajaran dan sahsiah diri masing-masing.












Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011















































































































Dalam kenangan...Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 yang telah diadakan di Dewan SK Sungai Tuang.


Tokoh Murid bagi tahun 2011 telah dianugerahkan kepada Nur Afiqah binti Abu Safian.

Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.










































Monday, October 17, 2011

Makluman Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Tarikh : 18 - 21 Oktober 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin SKST 2011

Tarikh : 10 Oktober 2011(Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Lokasi : Perkarangan SKST

Selamat Berpisah Kepada Guru-Guru Pelatih IPPM







Cik Faezah, Cik Najiha, Cik Hanam & Cik Noor Yusnindawati.

Terima kasih cikgu,.... jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Selamat bertugas.

Selamat Bersara Hajah Bibishah bt Hashim (GPK Kurikulum SKST)

Tarikh Majlis Persaraan : 6 Oktober 2011(Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat : Dewan SKST
Send Off : 12.30 tengah hari